Terhingar gelak kejam malam
Lalu kau berlari mencari selimut
Kekehnya terlalu menghiris tajam
Dan kau jerit-jerit mahu kabut.
Sang bintang sedang mengunyahmu
Kau melaung pedih mengharap belas
Bulan juga sudah mengasah kuku
Hendak meratah jiwa kamu yang keras.
Kuat apa lagi , hei anak yang tongong?
Takkan faham semesta ini -- cinta kamu
Sudah-sudahlah bertopeng duyung
Engkau kerapu hodoh yang tak dimahu.
Selamat tidur , gadis.
Semoga esok kau tidak bangkit.
Berapa lama mahu ranap?
PTJ-FJ